Document Type

Conference Item

Publication Date

2-1-2012

Abstract

Munāsabat merupakan salah satu cabang ilmu yang menjelaskan kolerasi di antara ayat–ayat mahupun surah-surah al-Qur‟an mengikut susunan mushaf. Menerusinya, hikmah penyusunan al-Qur‟an akan dapat difahami sehingga tergambar al-Qur‟an itu adalah sebuah kitab yang mempunyai rangkaian utuh dan indah. Artikel ini ditulis bertujuan menganalisa ayat ayat al-Qur‟an terpilih bagi mengupas keindahan seni bahasa yang terkandung dalamnya di samping, mengetengahkan pertautan yang terdapat di antara ayat-ayat tersebut. Ia merupakan kajian perpustakaan yang mengaplikasikan metod analisis kandungan secara deskripktif komparatif bagi mencapai matlamatnya. Antara dapatan daripada analisa yang dibuat ialah; al-Qur‟an menggunakan frasa-frasa dan huruf-huruf tertentu dalam pengakhiran ayat bagi menjelmakan maksud yang ingin disampaikan berdasarkan tema-tema yang wujud. Selain itu, penggunaan gaya bahasa yang pelbagai menguatkan lagi ikatan di antara ayat-ayat al-Qur‟an dan memberi kesan yang mendalam kepada pembacanya.

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

The 2nd Annual International Qur'anic Conference 2012

Event Location

University of Malaya

Event Dates

22-23 Feb 2012

Event Type

conference

Share

COinS