Document Type

Conference Item

Publication Date

2-1-2012

Abstract

Pembelajaran merupakan suatu aktiviti yang sering dibincangkan dalam bidang sains kelakuan dan perspektif Islam. Antara isu yang berkait rapat dengan pendidikan adalah berkenaan aktiviti pemberian ganjaran dan hukuman semasa proses pembelajaran. Kajian ini adalah sebahagian dapatan awal yang akan mengupas pengamalan pemberian ganjaran dalam proses pembelajaran berkonsepkan ulul albab yang memfokuskan kepada aktiviti hafalan alQuran di sebuah sekolah menengah agama di Terengganu. Metode kajian adalah secara kualitatif. Pengutipan data adalah melalui analisis dokumen dan aktiviti temu bual berstruktur yang melibatkan tiga orang guru dan tujuh orang murid di peringkat menengah rendah. Analisis awal mendapati aktiviti yang lazim diamalkan dalam proses pembelajaran di sekolah ini adalah melibatkan ganjaran positif, walaupun pelaksanaannya tidak mempunyai panduan rasmi seperti yang disediakan untuk hukuman. Pengenalpastian amalan baik dan pendekatan berkesan berasaskan konsep ganjaran dan hukuman dalam pembelajaran melalui kajian ini merupakan perkongsian sama untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia secara umumnya.

Keywords

Ganjaran, Sains Kelakuan, Pembelajaran

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012

Event Location

University of Malaya

Event Dates

22-23 Feb 2012

Event Type

conference

Share

COinS