Document Type

Conference Item

Publication Date

2-1-2012

Abstract

Mahmud Yunus adalah merupakan seorang tokoh ulama dalam bidang tafsir alQuran. Karya beliau berjudul “Tafsir Qur’an Karim” adalah sebuah karya tasfir ringkas yang lahir di alam Melayu dan sehingga kini menjadi rujukan dalam masyarakat. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan ketokohan Mahmud Yunus melalui paparan latar belakang beliau dan usaha beliau menghasilkan karya tafsir tersebut. Dengan pendekatan tafsir yang ringkas dan padat serta catatan tafsiran dan penjelasan ayat pada nota kaki menjadikan karya ini berbeza dengan pendekatan ulama tafsir yang lain. Walaupun demikian, metode tafsiran masih menggunakan pendekatan ulama tafsir yang lain. Hasil analisis mendapati bahawa Mahmud Yunus telah mengaplikasikan lapan metode dalam mentafsirkan ayat iaitu metode tafsir ayat al-Quran dengan al-Quran, Mentafsir ayat al-Quran dengan hadith, Mentafsir ayat al-Quran dengan pandangan sahabat, Mentafsir ayat al-Quran melalui pendapat tabi'in, Mentafsir ayat al-Quran melalui pandangan akal, Mentafsir ayat al-Quran melalui makna kalimah, mengemukakan kata-kata pepatah dan tafsir ayat-ayat al-Quran melalui kisah-kisah.

Keywords

Tokoh, Mahmud Yunus, Tafsir al-Quran, Kitab Tafsir Qur’an Karim

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012

Event Location

University of Malaya

Event Dates

22-23 Feb 2012

Event Type

conference

Share

COinS