Document Type
Conference Item
Publication Date
2-1-2012
Abstract
Fenomena naskh merupakan perbincangan yang mengambil tempat yang meluas dalam kalangan mufasirin kesan hubungan langsung setiap ayat al-Quran yang mempunyai khitab yang berbeza dalam isu-isu yang mempunyai perkaitan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis respons Ibn al-Jawzi dalam perbincangan ayat ayat yang berkaitan dengan peperangan sama ada wujud naskh dalam perintah tersebut atau muhkam untuk terus diamalkan hukum khitabnya. Kajian kualitatif ini dilakukan dengan pengunaan metod kajian perpustakaan terhadap buku Nawasikh al-Qur’an yang disusun oleh Ibn Jawzi untuk menilai tema ayat-ayat Qital dari sudut naskh. Ibn Jawzi mempunyai piawai yang cukup ketat untuk memutuskan kewujudkan naskh terhadap sesuatu ayat dengan merujuk kepada setiap ayat al-Quran yang dibicarakan secara holistik. Keiltizaman beliau dalam fenomena ini diperkukuhkan dalam penggunaan metod tafsir sebagai dasar dalam membuat penilaian terhadap semua ayat yang mempunyai khitab Qital. Hasil yang dikemukakan tersebut merupakan satu dapatan yang berautoriti dalam perbincangan naskh yang melibat perintah perang di dalam al-Quran.
Keywords
Ibn Jawzi, Nawasikh al-Qur’an, Qital, naskh, muhkam dan khitab.
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012
Event Location
University of Malaya
Event Dates
22-23 Feb 2012
Event Type
conference