Document Type

Conference Item

Publication Date

2-1-2012

Abstract

Perkembangan sains dan teknologi kini sejajar dengan urbanisasi keilmuan menuntut telahan analitis umat Islam untuk lebih memahami maqasid al-Quran dalam multi dimensi selaras dengan fraksi syar’i. Justeru manhaj yang telah diperkenalkan oleh Prof Dr. Zaghlul al-Najjar melalui teknik penafsiran saintifik dalam karyanya Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim telah memberikan impak yang positif dalam memahami bait tauhidik selaras dengan konteks semasa. Melalui metode analisis data-data saintifik, beliau cuba membahaskan ayat al-Quran khasnya ayat-ayat al-Kawniyyah yang meliputi aspek penciptaan alam semesta (astronomi, astrologi, geologi dan fenomena alam), kesihatan dan penciptaan makhluk (embriologi, arkeologi, fisiologi). Walaupun argumentasi saintifik lebih menonjol dalam penulisan beliau, aplikasi metode klasik dalam mensyarahkan ayat-ayat al-Quran turut diketengahkan khasnya dalam memahami kalimah al-Quran melalui dimensi lughowi. Justeru dalam makalah ini, penulis akan menyoroti metodologi Prof. Dr. Zaghlul alNajjar dalam berinteraksi dengan ayat-ayat al-Quran melalui penemuan data dan emperikel saintifik di dalam karyanya Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim.

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012

Event Location

University of Malaya

Event Dates

22-23 Feb 2012

Event Type

conference

Share

COinS