Document Type

Conference Item

Publication Date

12-1-2011

Abstract

Kertas ini merupakan hasil kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti profil amalan guru dari aspek pengetahuan, pentaksiran dan amalan pedagogi dalam pelaksanaan kurikulum kimpalan berasaskan kompetensi di sekolah-sekolah menengah vokasional. Kajian melibatkan 23 buah sekolah vokasional di Semenanjung Malaysia yang melibatkan 56 responden. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif di mana data diperoleh menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan isi kandungan guru terhadap terhadap mata pelajaran kimpalan adalah tinggi (min 3.14), tahap amalan pentaksiran adalah sederhana (min 2.88) dan tahap amalan Pedagogi guru juga adalah sederhana (min 2.65). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara pengalaman guru dengan tahap penguasaan mereka dari segi pengetahuan isi kandungan, amalan pentaksiran dan amalan pedagogi. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dari segi pengetahuan isi kandungan amalan pentaksiran dan amalan pedagogi (r=0.466) dan amalan pentaksiran (r=0.523)

Keywords

Profil amalan guru, kompetensi, sekolah menengah vokasional

Divisions

Education

Event Title

1st International Conference on World-Class Education 2011

Event Location

University of Malaya

Event Dates

05-06 Dec 2011

Event Type

conference

Share

COinS