Document Type
Conference Item
Publication Date
12-1-2011
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan berkaitan pengambilan minuman beralkohol dalam kalangan pelajar dan kaitannya dengan pengaruh rakan sebaya. Pengambilan alkohol didefinisikan sebagai minuman yang memabukkan dalam bentuk etil dan sejenis dadah yang bertindak pada otak manusia dan sering menyebabkan ketagihan. Pada hari ini pengambilan minuman beralkohol amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia. Hal ini jelas dibuktikan apabila Negara Malaysia merupakan Negara ke sepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia. Memandangkan sejumlah besar penduduk Malaysia adalah terdiri daripada remaja, dan mereka juga merupakan golongan pelapis maka adalah penting mereka bebas daripada pengambilan alkohol yang jelas terbukti memberi kesan buruk kepada kesihatan. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan kesan-kesan pengambilan alkohol, pengaruh rakan sebaya terhadap pengambilan alkohol dan jenis-jenis minuman alkohol. Kajian yang dijalankan diharapkan dapat memberi input yang berguna dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan alkohol. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi input kepada pelajar supaya mereka lebih peka dengan masalah pengambilan alkohol kerana ia boleh mengganggu kesejahteraan dan masa depan mereka. Justeru kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan untuk merangka dan merancang strategi penyelesaian dengan lebih efektif.
Keywords
Minuman beralkohol, pelajar, pengaruh rakan
Divisions
Education
Event Title
1st International Conference on World-Class Education 2011
Event Location
University of Malaya
Event Dates
05-06 Dec 2011
Event Type
conference