Document Type
Conference Item
Publication Date
12-1-2011
Abstract
Proses perkembangan moral melibatkan tiga komponen iaitu penaakulan moral (moral reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral (moral behavior). Ketiga-tiga komponen tersebut adalah berbeza tetapi saling berkait. Penaakulan moral ialah justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan yang bermoral. Dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, pendidikan Moral memainkan peranan yang penting. Pendidikan Moral telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran formal di Malaysia dalam kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 kepada semua pelajar bukan Islam di darjah satu. Pelajar tingkatan satu mula belajar Pendidikan Moral pada tahun 1989. Sudah 22 tahun Pendidikan Moral diajar di sekolah menengah. Apakah kesan Pendidikan Moral terhadap proses perkembangan moral pelajar? Memandangkan masalah devian dalam kalangan pelajar India semakin membimbangkan maka kertas kerja membincangkan kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral terhadap perkembangan penaakulan moral pelajar India yang bermasalah di sekolah menengah.
Keywords
Penaakulan moral, pelajar India
Divisions
Education
Event Title
1st International Conference on World-Class Education 2011
Event Location
University of Malaya
Event Dates
05-06 Dec 2011
Event Type
conference