Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2011

Abstract

Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dilabelkan sebagai “Pengubatan Islam” atau “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah dalam rawatan yang dijalankan. Sebahagian yang lain hanya melebelkan mereka pendokong rawatan Islam, pada hal berlaku pencampuran antara hak dan batil serta kadang kala kaedah rawatan yang dijalankan menyalahi syariat. Melalui analisis kualitatif dan kuantitatif, artikel ini berusaha untuk mengumpulkan hadith-hadith yang berkaitan dengan rawatan sihir dan menilai fiqh al-hadith bagi menjelaskan pendekatan dan kaedah rawatan Rasulullah SAW merawat dan menghadapi penyakit ini. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan yang dapat dijana melalui fiqh al-hadith tersebut iaitu, (1) Kaedah Mengenalpasti Tempat Barang Sihir Disembunyikan, (2) Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan Membatalkannya, (3) Kaedah Menanam dan Memusnahkan Bahan Sihir, (4) Kaedah Ruqyah Ke Atas Mangsa Sihir (Termasuk Melakukan al-Nushrah Yang Dibenarkan), (5) Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah, (6) Kaedah Tepukan (Menepuk-Nepuk Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan), dan (7) Kaedah Mandi.

Keywords

Hadith

Divisions

Hadith

Publisher

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM

Publisher Location

Kuala Lumpur

Event Title

Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD)

Event Location

University Malaya

Event Type

conference

Additional Information

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Share

COinS