Document Type
Article (Restricted)
Publication Date
1-1-2011
Abstract
Polisi antibuli dan pelaksanaannya di beberapa buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu kajian yang dijalankan bagi melihat jenis perlakuan buli, faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkah laku buli, keberkesanan peraturan dan perundangan buli, prosedur peraturan dalam menangani kes buli dan cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan reka bentuk survey melalui soal selidik dan soalan terbuka bagi mengumpulkan data kajian. Soal selidik dianalisis secara kuantitatif melalui statistik deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawaian, manakala soalan terbuka dianalisis secara kualitatif melalui verbatim. Sampel kajian dipilih secara rawak dari kalangan 269 murid dan 117 guru di enam buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati perlakuan buli dalam kalangan murid sekolah menengah di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidaklah begitu serius berdasarkan indikator nilai min bagi 12 jenis perlakuan buli yang kerap dilakukan maksimum min 3.84 hingga minimum min 2.76 dari min 5.00. Begitu juga mengenai 30 faktor perlakuan buli di sekolah maksimum min 3.84 hingga min 2.65 dari min 5.00. Dan akhir sekali keberkesanan peraturan dan perundangan antibuli di sekolah maksimum min 3.74 hingga min 3.11 dari min 5.00.
Keywords
Polisi antibuli, Pelaksanaan buli, Prosedur dan peraturan buli di sekolah menengah
Divisions
Education
Publication Title
Jurnal Pendidikan
Volume
31
Publisher
Universiti Malaya