Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2011

Abstract

ICT telah memberi ruang kepada perkembangan ilmu di alam siber yang mendasari dan mengatasi sempadan geografi. Sejajar dengan perkembangan arus kemajuan tersebut, ilmu hadith dilihat tidak mundur dalam mengecap dan memanfaatkannya. Ia dapat dibuktikan melalui kewujudan beribu-ribu laman sesawang berorganisasi mahupun individu tertentu, khusus membicarakan dan menyediakan kemudahan terhadap capaian maklumat teks hadith di Internet. Justeru artikel ini merupakan analisis terhadap laman sesawang Islamweb sebagai sebuah laman web dakwah yang telah menyediakan perkhidmatan carian hadith secara pantas dan mudah melalui ruangan Mawsu‘ah al-Hadith. Berasaskan metodologi deskriptif dan analisis data, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan Islamweb sebagai aplikasi pembelajaran takhrij hadith di internet berdasarkan beberapa paparan maklumat carian yang tersedia seperti: (1) Sumber hadith. (2) Kedudukannya dalam kitab dan bab. (3) Rantaian sanad berserta maklumat dan kritikan bagi setiap perawi. (4) Hukum hadith. (5) Takhrij, (6) Syawahid. (7) Atraf (8) Al-Asanid. Keberadaan Mawsu‘ah al-Hadithiyyah Islamweb ini sekali gus telah membantu para pengkaji untuk mendapatkan maklumat teks hadith berautoriti memandangkan ianya telah dikelolai oleh para ahli di lapangan hadith.

Keywords

Hadith, Internet, Islamweb

Divisions

Hadith

Publisher

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM

Publisher Location

Kuala Lumpur

Event Title

Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD)

Event Location

University Malaya

Event Type

conference

Additional Information

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Share

COinS