Document Type

Article (Restricted)

Publication Date

1-1-2011

Abstract

Profesion keguruan merupakan kerjaya yang semakin mencabar dewasa ini. Golongan guru sering menjadi perhatian masyarakat umum kerana guru adalah aktor yang amat penting dalam usaha mencapai kecemerlangan pendidikan masa depan. Cabaran dengan sikap pelajar yang semakin tidak beradab, sikap ibubapa yang lebihn agresif, cabaran sebagai role model dan sebagainya memerlukan guru menyediakan diri mereka sebagai seorang guru yang berkualiti dalam menangani masalah ini. Terdapat pelbagai teori berkaitan kualiti guru yang diketengahkan oleh pengkaji terdahulu, bagaimanapun teori khusus berasakan al-Ghazali belum diketengaahkan secara spesifik. Justeru, kertas kerja ini mendedahkan tentang teori kualiti guru yang diubahsuai oleh penulis bersumberkan karya al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin. Terdapat empat aspek kualiti yang dibincangkan dalam kertas kerja ini iaitu penguasaan kaedah, pengetahuan isi kandungan mata pelajaran, kualiti dalam komunikasi dan kualiti dalam penampilan diri di dalam bilik darjah.

Keywords

Kualiti Guru, Al-Ghazali, Role Model, Teachers

Divisions

Education

Publication Title

Proceedings of The International Conference "Future Education in Global Challenges"

Share

COinS