Document Type

Conference Item

Publication Date

4-1-2007

Abstract

Jenayah seksual terhadap merupakan jenayah yang paling sukar dibuktikan kerana atas satu sebab yang nyata iaitu pada kebiasaannya tidak ada pihak lain yang melihat jenayah berkenaan dilakukan. Keadaan akan menjadi lebih sukar jika mangsanya adalah kanak-kanak. Pada kebiasaanya, keterangan utama di dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah daripada mangsa sahaja. Apabila kanak-kanak menjadi saksi utama, maka isu berkenaan dengim kredibiliti kanak-kanak sering ditimbulkan. Sekiranya tertuduh mengaku salah melakukan perbuatan berkenaan, ttiaka hukuman boleh dijatuhkan. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana tertuduh tidak mengaku salah dan kes tersebut terpaksa dibicarakan. Pada kebiasaannya, apabila kes berkenaan dibicarakan, isu utama yang sering dibangkitkan oleh pihak pembelaan adalah kredibiliti kanak-kanak berkenaan sebagai saksi. Persoalannya ialah adakah kanak-kanak merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai? Adakah kanak-kanak suka mereka-reka cerita? Adakah kanak-kanak suka berfantasi dan tidak dapat membezakan dengan sesuatu yang realiti? Oleh itu, penulisan ini cuba menjawab persoalan persoalan yang ditimbulkan berdasarkan kepada keadaan semasa termasuklah perkembangon undang-undang yang sama di beberapa bidang kuasa yang lain.

Keywords

Law

Divisions

fac_law

Event Title

Law Conference 2007

Event Location

Sintok, Kedah

Event Dates

18-20 Apr 2007

Event Type

conference

Share

COinS