Document Type
Conference Item
Publication Date
7-1-2010
Abstract
Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk menerang dan membincang beberapa pengalaman mengenai Teknik Delphi yang dijalankan dalam kalangan 21 panel pakar untuk mereka bentuk kurikulum modular Fizik berasaskan teknologi dan gaya pembelajaran Felder-Silverman sekolah menengah. Dalam penulisan ini, rasional pemilihan kaedah kajian, prosedur pemilihan panel pakar, saiz pakar dan penentuan bilangan pusingan akan dibentangkan dan dibincangkan dalam konteks kajian yang dijalankan (Norlidah Alias, 2010). Adalah diharapkan kertas kerja ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran yang dapat memberi inspirasi kepada pengkaji akan datang.
Keywords
The Delphi Technique, Physics curriculum modular.
Divisions
Education
Event Title
Persidangan Inovasi Dalam Penyelidikan Pendidikan
Event Location
Universiti Malaya
Event Dates
13 Julai 2010
Event Type
conference