Document Type
Conference Item
Publication Date
2-24-2010
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan membentangkan hasil kajian teks kitab Hidayah al-Salikin berhubung prinsip kesejahteraan dan kedamaian melalui konsep pembangunan modal insan berteraskan Islam. Kajian teks menemukan enam konsep pembangunan diri yang menjadi asas pencapaian kesejahteraan dan kedamaian melalui pembangunan modal insan berteraskan Islam. Paradigma enam konsep tersebut meliputi pembangunan ilmu, akidah, ibadah, anggota tujuh, rohani dan akhlak, serta pembangunan adab sosial. Pendekatan melalui prinsip kesejahteraan dan kedamaian berhubung konsep pembangunan modal insan yang berlatarkan worldview Melayu-Islam ini, diharap dapat didayagunakan dalam usaha mencapai kesejahteraan dasar dan pelan tindakan pembangunan modal insan berteraskan Islam.
Keywords
Kesejahteraan dan kedamaian, pembangunan modal insan berteraskan Islam, worldview Melayu-Islam.
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat
Event Location
Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam
Event Dates
24-25 Februari 2010
Event Type
conference