Document Type
Conference Item
Publication Date
2-1-2010
Abstract
Islam terlebih dahulu memperbaiki jiwa seseorang sebelum memperbaiki masyarakat dan meratakan keadilan sosial, ditanamkan di dalam jiwa seseorang muslim rasa iman kepada Allah dan hari akhirat, lalu iman itu mengakibatkan rasa kasih-sayang dan dermawan. Kesedaran peribadi setiap orang dalam hubungannya dengan Allah, manusia, alam sekitar dan kedudukan dirinya di tengah-tengah perkara tersebut, di sanalah lahir sumber Keadilan Sosial, jika ajaran Islam telah diamalkan sepenuhnya, akan datang suatu masa nanti tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat, kerana semua orang wajib berzakat. Dan ini pernah tercapai dalam masyarakat Islam, sebagaimana kita saksikan di zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz. Persolannya, sejauhmanakah kebenaran pernyataan ini?. Kertas kerja ini membincangkan tentang pandangan HAMKA terhadap kewajipan dan kepentingan zakat terhadap umat Islam terutamanya kepada; golongan mu’allaf, orang-orang musafir dan urusan perbelanjaan perang. Kupasan berkaitan pengorbanan golongan ulama dalam menubuhkan perkumpulan Islam untuk menangkis dakyah missionary Kristian dengan mengumpulkan zakat kaum muslimin, seterusnya zakat dapat menghalang gejala murtad di kalangan muda-mudi Islam yang hidup miskin dan melarat. Persoalan tentang usaha mendirikan hospital swasta dan bank sadaqah hasil daripada wang zakat juga menjadi fokus utama kertas kerja ini.
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat
Event Location
Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam
Event Dates
24-25 Februari 2010
Event Type
conference