Aspek Konjugasi dalam buku Perbualan De Houtman (1603)
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2007
Abstract
Pada 21 Mac 1595, empat buah kapal Belanda memulakan pelayaran dari Tessell ke Alam Melayu. Setelah melalui pelbagai kesukaran, akhirnya mereka sampai ke Bantam, Jawa pada 22 Jun 1596 (van Leur 1960:3). Kejayaan pelayaran pertama ke Alam Melayu ini telah membawa kepada pelayaran kedua. Dalam pelayaran kedua, mereka telah sampai ke Aceh pada tahun 1598. Sesungguhnya, kedatangan orang Belanda ke Alam Melayu ini telah membawa lembaran baru dalam sejarah linguistik Melayu. Orang-orang Belanda ini, khususnya para pedagang dan mubaligh Kristian mula membuat daftar kata Melayu dan juga mula menulis tatabahasa Melayu. Dalam pelayaran pertama yang diketuai oleh Cornelius de Houtman, orang Belanda sudah menghasilkan daftar kata Melayu. Walaupun daftar kata ini hanya mengandungi 156 perkataan, namun ia membuktikan bahawa orang Belanda amat berminat dengan bahasa Melayu. Minat orang Belanda terhadap bahasa Melayu amat menyerlah dengan terhasilnya buku perbualan Spraeck ende woordboeck, inde Maleysche ende Madagaskarsche Talen (1603) yang ditulis oleh Frederick de Houtman (1603). Beliau bukan sahaja menulis daftar kata, malah turut menyisipkan aspek tatabahasa bahasa Melayu. Aspek tatabahasa yang dipaparkan dalam bukunya ialah aspek konjugasi.
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Karimian, H., "Aspek Konjugasi dalam buku Perbualan De Houtman (1603)" (2007). Research Publications (2006 to 2010). 395.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2006_2010/395
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
17
Publisher
University of Malaya