Document Type

Conference Item

Publication Date

12-1-2006

Abstract

Kajian kesmerupakan salah satu bentuk penyelidikan kualitatif yang kerap menjadi pilihan penyelidik yang menyelidik tentang isu-isu sosial. Kajian kes mempunyai kelebihannya tersendiri. Kajian kes membolehkan sesuatu entiti sosial dikaji, diteliti dan difahami secara mendalam. Entiti tersebut terdiri daripada individu, kelompok masyarakat mahupun institusi tertentu. Pelbagai kaedah pengumpulan data juga boleh digunapakai menerusi kajian kes. Kepelbagaian kaedah pengumpulan data tersebut dipercayai dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data, mengatasi masalah bias penyelidik serta memberi kepuasan dan pengalaman unik kepada penyelidik. Di sebalik kelebihan-kelebihan tersebut, penyelidik turut berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang proses mendapatkan data daripada lokasi kajian. Kerahsiaan maklumat, karenah birokrasi, sensitiviti responden, pandangan serong masyarakat, keselamatan penyelidik, kos dan masa yang dihabiskan merupakan antara isu-isu yang dihadapi oleh para penyelidik bagi kajian kes. Kertas kerja ini cuba mengupas dua perkara tersebut. Pertama, tuntutan dan keperluan menjalankan penyelidikan berbentuk kajian kes berhubung isu-isu masa kini. Kedua, cabaran dan rintangan yang didepani dan perlu ditangani secara bijak oleh penyelidik dalam menjayakan penyelidikan berbentuk kajian kes. Kedua-dua perkara tersebut dikupas. berdasarkan pengalaman penyelidikan penulis menjayakan dua bentuk kajian kes yang berbeza. Kes empirikal penghidap HIV dan AIDS serta institusi Tabung Haji dirujuk bagi menjelaskan perkara berkenaan. Sebagai rumusan, kertas kerja ini turut memuatkan beberapa tips sebagai panduan etika kepada bakal penyelidik bagi kajian kes.

Divisions

fac_law

Event Title

Seminar Kebangsaan Kedua Penyelidikan Kualitatif

Event Location

Kuala Lumpur

Event Dates

04-05 Dec 2006

Event Type

conference

Share

COinS