Document Type

Conference Item

Publication Date

6-1-2009

Abstract

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya seperti kayu dan daun mereput. Cendawan mempunyai kepentingan sebagai sumber makanan, nutraseutik, ubatan, enzim industri dan lain-lain. Malaysia kaya dengan diversiti cendawan yang tidak ternilai. Lazimnya, cendawan didapati tumbuh liar dan juga ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Pusat Penyelidikan Cendawan atau Mushroom Research Center(MRC) yang ditubuhkan pada 2005 mempunyai koleksi herbarium dan kultur cendawan yang merupakan sumber genetik untuk penyelidikan. MRC kini berjaya mengumpul kira-kira 2900 spesimen cendawan pelbagai spesies serta lebih kurang 400 kultur untuk tujuan penyelidikan. Semua spesimen cendawan ini diperolehi dengan melakukan aktiviti ekspedisi saintifik dan kerjalapangan oleh para pelajar dan penyelidik ke seluruh Malaysia. Aktiviti ini akan dijelaskan kepada dua bahagian. Pertama, dalam penyediaan spesimen herbarium di mana kaedah pencirian morfologi cendawan dan pengeringan specimen akan dijelaskan . Kedua, dalam penyediaan kultur cendawan di mana kaedah penyediaan kultur dari spora dan tisu janabuah akan dijelaskan. Seterusnya semua maklumat akan dikumpulkan dalam pengkalan data cendawan di Pusat Penyelidikan Cendawan (MRC)

Divisions

InstituteofBiologicalSciences

Event Title

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal

Event Location

Skudai, Johor Bahru

Event Dates

7-10 Jun 2009

Event Type

conference

Share

COinS