Za'ba dan idea Tajdid Islam di Malaysia: Satu analisa ringkas
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2006
Abstract
Dalam konteks Malaysia kini, terdapat kecenderungan di kalangan sarjana dari pelbagai disiplin pengajian, untuk menumpukan kajian terhadap seseorang tokoh penting yang dilihat pernah memainkan peranan yang bermakna di dalam kehidupan bermasyarakat. Trend yang menggunakan kajian yang berbentuk memuir ini dilihat bukan terhad dibuat untuk kepentingan politik murahan semata-mata, tetapi turut membabitkan kajian ilmiah yang bersifat saintifik iaitu memperincikan biodata dan kaedah perjuangan yang diusahakan oleh seseorang tokoh pilihan mengikut konteks zamannya, demi untuk iktibar masyarakat di masa hadapan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana pelbagai kajian yang diusahakan oleh sarjana luar dan tempatan telah dibuat terhadap tokoh penting rantau Alam Melayu seperti Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Daud Pattani, HAMKA, Za'ba, Prof. Zulkifli Muhammad, Syed Muhammad Naquib al-Attas, Mahathir Muhammad dan sebagainya. Berasaskan trend ini, kajian ini akan cuba menumpukan perhatian terhadap idea tajdid yang diperjuangkan oleh Za'ba yang bakal dinilai kerelevanannya dengan realiti perjuangan tajdid di Malaysia sekarang.
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Rahimin Affandi, A.R. and Mohd Anuar, R., "Za'ba dan idea Tajdid Islam di Malaysia: Satu analisa ringkas" (2006). Research Publications (2006 to 2010). 171.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2006_2010/171
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
17
Issue
2006
Publisher
University of Malaya