Ucapan bajet 2006 oleh perdana menteri Malaysia: Analisis wacana kritis plus dalam perbandingan
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2006
Abstract
Artikel ini berusaha untuk menganalisis bahan ucapan bajet 2006 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan, pada 30 September 2005 di Dewan Rakyat. Ucapan tersebut telah dimuatkan sepenuhnya di dalam Berita Harian pada 1 Oktober 2005. Perbandingan juga dilakukan dengan ucapan bajet 2005 beliau. Contoh data bagi kedua-dua ucapan untuk maksud analisis terdapat dalam Lampiran. Bahan ini dianalisis dengan menggunakan asas Model Analisis Wacana Kritis yang dipelopori oleh Fairclough (1992, 1995, 2001 & 2003). Namun, model ini diubah suai dan ditambah dengan berdasarkan Model Tatabahasa Wacana Mega oleh Sanat (2005).
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Sanat, M.N., "Ucapan bajet 2006 oleh perdana menteri Malaysia: Analisis wacana kritis plus dalam perbandingan" (2006). Research Publications (2006 to 2010). 167.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2006_2010/167
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
16