Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2008
Abstract
Rasuah merupakan gejala serius yang sering menjadi topik perbincangan pada akhir-akhir ini. Pelbagai implikasi negatif akan timbul seperti ketidakadilan sosial akibat daripada rasuah. Dari aspek ekonomi, rasuah boleh mengakibatkan pertumbuhan akonomi sesebuah negara terbantut. Bertepatan dengan masalah ini, maka objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Kajian adalah berdasarkan beberapa pembolehubah iaitu Indeks Rasuah, Pelaburan Langsung Asing (FDI, perbelanjaan kerajaan dan kadar inflasi untuk tempoh 1980-2006. Untuk menemui objektif kajian ini, analisis penganggaran menggunkan perisian Eviews dilakukan untuk menilai hubungan dan pengaruh pembolehubah Indeks Rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi. Hasil kajian empirik mendapati kedua-dua negara menunjukkan pembolehubah Indek Rasuah adalah signifikan dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi. Kajian juga mendapati pembolehubah Indeks Rasuah mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Malaysia secara negatif, manakala di Indonesia pembolehubah Indeks Rasuah mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara positif.
Keywords
Rasuah, Pertumbuhan ekonomi
Divisions
DeptofSyariahEconomics
Event Title
International Conference Islamic Economic And Social Justice: Reinforcing Equity For The Common Well-Being
Event Location
Kediri, Indonesia
Event Dates
24-27 July 2008
Event Type
conference