Modifikasi teori Sulh dalam fiqh klasik berasaskan data-data kajian terbaru
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2006
Abstract
Kecenderungan institusi kehakiman Islam di Malaysia untuk meningkatkan profesionalismanya dalam mengurus dan mentadbir kes-kes telah mencetuskan idea ke arah pelaksanaan sulh. Begitu pun, oleh kerana pelaksanaannya hanya menyentuh isu-isu berkaitan kekeluargaan maka kesesuaian pemakaian teori sulh yang pernah dijelaskan dalam fiqh-fiqh klasik yang hanya mencakupi aspek pertikaian dalam mu'amalat maliyyah perlulah dianalisis untuk melihat sejauhmanakah kesesuaian aplikasinya dalam konteks semasa. Sulh merupakan satu kaedah di mana pihak-pihak kepada pertikaian mencapai penyelesaian tanpa perlu melalui proses perbicaraan. Melaluinya pihak-pihak terlibat akan lebih berpuashati dan bertanggungjawab terhadap penyelesaian yang dicapai memandangkan keputusan tersebut dibuat oleh mereka sendiri. Kertas ini akan cuba melihat sejauhmana prinsip-prinsip asas sulh perlu dipertahankan di samping mencadangkan beberapa modifikasi terhadap konsep asal dan teori sulh berdasarkan data-data penemuan terbaru.
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Raihanah, A., "Modifikasi teori Sulh dalam fiqh klasik berasaskan data-data kajian terbaru" (2006). Research Publications (2006 to 2010). 102.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2006_2010/102
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
17
Publisher
University of Malaya