Ramalan kepekatan oksigen terlarut menggunakan analisis siri masa di sungai langat, Hulu Langat Selangor
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2001
Abstract
Kajian ini difokuskan kepada data oksigen terlarut (DO) Sungai Langat bagi tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1988 sehingga tahun 1997. Data lapan tahun (1988-1995) digunakan untuk mendapatkan model ramalan terbaik menggunakan analisis siri masa (Model ARIMA). Manakala data tahun ke sembilan dan kesepuluh (1996 dan 1997) digunakan sebagai data ujian kebaikan padanan ke atas model. Data ini dicerap di stesen pensampelan yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia di Sungai Langat Selangor. Hasil kajian mendapati berlaku penurunan kepekatan DO yang agak seragam dari tahun 1988 sehingga 1995, iaitu berlaku peningkatan pencemaran ke atas air sungai di Sungai Langat yang boleh dikaitkan dengan peningkatan guna tanah akibat daripada peningkatan dalam pembangunan prasarana dan populasi di kawasan tersebut. Kajian cuba mempaparkan kepentingan dan kegunaan analisi siri masa, ARIMA dalam meramal DO untuk perancangan masa hadapan demi pemuliharaan alam sekitar di stesen kajian.
Keywords
Oksigen terlarut (DO), analisis siri masa, model ARIMA, Sungai Langat River
Publication Title
Matematika
ISSN
0127-8274
Recommended Citation
Jauhir, H.; Khamis, A.; Mustafa, Z.; and Zain, Sharifuddin Md, "Ramalan kepekatan oksigen terlarut menggunakan analisis siri masa di sungai langat, Hulu Langat Selangor" (2001). Research Publications (2000 to 2005). 265.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2000_2005/265
Divisions
CHEMISTRY
Volume
17
Issue
2
Additional Information
Department of Chemistry, Faculty of Science Building, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA