Document Type
Conference Item
Publication Date
9-6-2005
Abstract
Melihat kepada prinsip Islam Hadhari, kita dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat dua golongan yang cuba disasarkan melalui pelaksanaan Islam Hadhari oleh kerajaan Malaysia. Pertama ialah golongan yang jumud yang menganggap harta itu fitnah dan mencari harta itu adalah memburu dunia, dan kedua ialah golongan yang meninggalkan agama mereka kerana terlalu taksub mengejar kemewahan dan keuntungan perniagaan. Jika diteliti, ayat al-Quran dan hadith Rasulullah banyak yang memberi peringatan tentang harta sebagai ujian kepada manusia. Hal ini menjadikan sesetengah umat Islam yang tidak mempunyai pandangan yang menyeluruh tentang Islam telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran, sehingga akhirnya membawa kemunduran kepada umat Islam itu sendiri. Padahal punca utama penurunan tentang kewaspadaan terhadap usaha mencari harta ialah kerana kerjaya masyarakat awal kedatangan Islam ialah usahawan dan ahli peniagaan.
Keywords
Islam Hadhari Pembangunan Usahawan
Recommended Citation
Sarif, Suhaili and Che Abdullah, Ahmad Sufian, "Pembangunan usahawan muslim berasaskan prinsip Islam Hadhari" (2005). Research Publications (2000 to 2005). 1369.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2000_2005/1369
Divisions
DeptofSyariahManagement
Event Title
Seminar keusahawanan islam peringkat kebangsaan 2005
Event Dates
6 Sept 2005
Event Type
workshop