Warkah-warkah kesultanan Melayu lama koleksi Perpustakaan Negara Malaysia: Analisis komponen dan binaan warkah
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2005
Abstract
Kajian tentang warkah-warkah Melayu amat berkurangan di kalangan para cendekiawan walaupun banyak perkara yang dapat diketengahkan untuk tatapan umum. Misalnya aspek budaya, kesenian, dan aspek-aspek lain banyak tergambar dalam warkah-warkah Melayu. Namun minat yang kurang menyebabkan khazanah bangsa ini dianggap sepi sahaja oleh sesetengah pihak. Menyedari kepentingan ini, kajian-kajian yang mendalam perlu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu khususnya pencinta manuskrip agar usaha ini berterusan dapat dipaparkan untuk tatapan umum. Dalam artikel ini, akan dibincangkan koleksi warkah-warkah raja Melayu yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Ab. Razak, A.K., "Warkah-warkah kesultanan Melayu lama koleksi Perpustakaan Negara Malaysia: Analisis komponen dan binaan warkah" (2005). Research Publications (2000 to 2005). 1200.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2000_2005/1200
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
15