Pengajaran gaya bahasa dalam Bahasa Melayu
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2005
Abstract
Pengajaran gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif sama pentingnya dengan pengajaran gaya bahasa dalam karya penulisan bukan kreatif. Hal ini kerana gaya bahasa memainkan peranan penting dan dianggap sebagai nadi yang menghidupkan sesebuah karya kreatif. Namun begitu, kertas kerja ini akan hanya memfokuskan perbincangan terhadap gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif seperti yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan Lima dan cara mengajarnya. Dalam konteks ini, karya penulisan kreatif ialah karya kesusasteraan yang mempunyai unsur keindahan dan istimewa. Karya ini juga merujuk karya-karya kesusasteraan berbentuk prosa dan puisi waima yang tradisional atau moden. Antara contoh karya kesusasteraan yang dicatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (HSP KBSM) Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima ialah cerpen, novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan puisi tradisional, iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, dan bahasa berirama.
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Hassan Basri, A.K., "Pengajaran gaya bahasa dalam Bahasa Melayu" (2005). Research Publications (2000 to 2005). 1148.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2000_2005/1148
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
16
Publisher
University of Malaya