Globalisasi, internasionalisasi, dan nasionalisme dalam mempertahankan identiti Melayu
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2005
Abstract
Konsep globalisasi dan internasionalisasi didapati memainkan peranan penting dalam mempengaruhi alam pemikiran dan world-view orang Melayu. Konsep-konsep tersebut mempengaruhi cara orang ramai melihat dan memahami perkembangan dunia hari ini. Apabila memperkatakan tentang pembangunan ekonomi, sosial dan budaya hari ini, kita didedahkan dengan proses perubahan yang pesat, terutamanya pembangunan dan perubahan yang berlaku pada peringkat internasional atau secara global. Misalnya, dalam perkembangan ekonomi dan budaya, tidak ada batasan kawasan sebagaimana pengalaman masa lalu. Dalam keadaan ini, timbul konsep "global village" yang menerangkan bahawa dunia menjadi semakin "kecil" dan batasan budaya menjadi semakin lemah.
Divisions
AcademyofMalayStudies
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
Volume
16
Publisher
University of Malaya