Citra Islam dalam pembentukan manusia Melayu moden di Malaysia: suatu analisa
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2005
Abstract
Dalam lipatan sejarah Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa status kemerdekaan yang diperoleh oleh negara Malaysia tidak memberikan sifat mandiri yang sejati dan boleh dibanggakan oleh manusia Melayu. Dalam banyak hal, khususnya dalam soal bentuk pemerintahan sebuah negara bangsa, sifat dan paradigma pemikiran manusia Melayu masih lagi kekal mengikut paradigma warisan penjajah British, yang dilihat berpunca daripada proses penjajahan pemikiran yang telah berjalan selama lebih dari 450 tahun. Namun begitu, keadaan ini telah mula berubah berpunca dari pelbagai faktor yang muncul di zaman pasca merdeka, seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan yang terpenting sekali adalah fenomena kebangkitan semula Islam era 1970an. Atas dasar tersebut kertas kerja ini akan cuba melihat bagaimana faktor kebangkitan semula Islam telah menjadi faktor terpenting yang membentuk manusia Melayu moden.(disalin dari artikel).
Keywords
Islamic-Life, Modern Malay
Divisions
AcademyofMalayStudies
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies)
Volume
15
Publisher
University of Malaya