Budaya perniagaan dan perdagangan Melayu dalam teks Melayu
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2005
Abstract
Sesuatu yang penting untuk diperkatakan pada masa ini ialah tentang persoalan adakah budaya niaga pernah menjadi budaya masyarakat Melayu atau ia merupakan satu budaya baru yang hingga kini cuba ditanamkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hingga kini masih ramai yang beranggapan seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai kepintaran dan kebolehan berniaga kerana tidak memiliki satu budaya niaga yang kukuh. Lantaran itu peniaga dan pedagang Melayu sering dimomok dengan kata-kata negatif yang membelakangkan kebolehan dan kepintaran mereka dalam bidang perniagaan apatah lagi perdagangan antarabangsa. Tuduhan seperti ini memang begitu mudah untuk dilemparkan dan kemudiannya diterima pula hingga membina kepercayaan di kalangan masyarakat umum seolah-olah ia sesuatu yang benar. Persoalannya adakah tanggapan-tanggapan ini benar atau ia dibuat secara membabi buta tanpa sebarang pembuktian dan penyelidikan? (disalin dari artikel).
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
ISSN
1823-7622
Recommended Citation
Koharuddin, B., "Budaya perniagaan dan perdagangan Melayu dalam teks Melayu" (2005). Research Publications (2000 to 2005). 1056.
https://knova.um.edu.my/research_publications_2000_2005/1056
Divisions
AcademyofMalayStudies
Volume
15
Publisher
University of Malaya