Aplikasi multimedia interaktif dalam penguasaan kemahiran bahasa
Document Type
Article
Publication Date
1-1-2005
Abstract
Penggunaan komputer dalam pelbagai bidang telah mewujudkan suatu zaman baru yang dikenali sebagai "Zaman Ledakan Maklumat". Pengaplikasian sistem pengkomputeran yang diamalkan oleh negara-negara maju, khususnya dalam sistem persekolahan mereka telah menjadikan proses pengajaran dan pemelajaran terdedah kepada zon bebas yang memberikan banyak pilihan kepada pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran. Penerimaan masyarakat umum terhadap aplikasi multimedia sebagai medium untuk membantu menguasai sesuatu kemahiran bahasa perlu diterima sebagai satu pilihan dan keperluan dalam konteks penglobalisasian.
Divisions
AcademyofMalayStudies
Publication Title
Jurnal Pengajian Melayu
Volume
16
Publisher
University of Malaya