Document Type

Conference Item

Abstract

Perkara-perkara yang dibincang dalam seminar ini adalah secara dasar dan bukan secara terperinci. Keadaan ekonomi di kalangan orang-orang kampung kian merosot dan orang-orang kampung sedar akan kemerosotan ini. Mereka cuba menunjukkan kegelisahan dan perasaan ketegangan melalui aktiviti-aktiviti mencari khayalan. Pembangunan ekonomi nasional berkait rapat dengan pembangunan ekonomi kampung. Untuk menaikkan taraf ekonomi orang-orang kampung, pendapatan bulanan pekerja-pekerja kampung hendaklah dinaikkan. Penindasan harus dihapuskan. Kerajaan harus menaikkan peruntukan untuk pembangunan kampung untuk meninggikan taraf kesihatan dan pendidikan untuk jangka masa panjang. Dan akhir sekali, amalan baik seperti kerjasama atau gotong-royong harus digalakkan tetapi kekeliruan fikiran atau donggeng-dongeng hendaklah dikawal dan diawasi.

Keywords

Economy development, Malay society, Poverty, Social condition

Divisions

ungku

Event Title

Seminar Pemuda UMNO

Event Type

other

Share

COinS