Document Type
Conference Item (Restricted)
Abstract
Ungku merakamkan penghargaan beliau atas jemputan untuk Hari Penyampaian Hadiah dan pensyarahan Sekolah Tinggi Kajang. Ungku memperkenalkan konsep koperasi sekolah, atau “syarikat kerjasama” kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah ini. Dalam bidang ekonomi, politik dan sosial, manusia telah menubuhkan kesatuan atau kelab untuk membincang dengan majikan dengan lebih berkesan. Setiap orang terlibat dalam aktiviti membeli-belah. Kadang-kadang penindasan berlaku tanpa pengetahuan pembeli. Untuk menggelakkan penindasan, sekumpulan murid dan guru digalakkan untuk menubuhkan satu koperasi. Penubuhan koperasi sekolah akan menawarkan harga barangan yang paling murah. Pengalaman beroperasi dalam urusan jual-beli merupakan satu pengalaman praktikal yang sangat unik. Keuntungan yang diperolehi boleh dijadikan wang bantuan untuk aktiviti-aktiviti sekolah lain dan sebagainya. Selain daripada mengelakkan penindasan dan memperolehi pengalaman urusniaga, murid-murid juga diberi peluang untuk mempelajari cara berdemokrasi. Sekiranya murid-murid atau guru-guru berminat, Ungku akan menghantar wakil koperasi untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang faedah dan keperluan untuk mendirikan koperasi sekolah. Beliau memberi jaminan bahawa sekolah dan murid-murid akan bermanfaat daripada penubuhan koperasi ini.
Keywords
Koperasi sekolah, Pengurusan perniagaan, Pengurusan kewangan
Divisions
ungku
Event Title
Majlis Penyampaian Hadiah-hadiah Sekolah Tinggi Kajang
Event Location
Sekolah Tinggi Kajang
Event Dates
25 Ogos 1972
Event Type
other_restricted