Document Type
Conference Item (Restricted)
Publication Date
1-28-1982
Abstract
Prinsip-prinsip merupakan asas kepada gerakan. Pengetahuan asas tentang prinsip-prinsip koperasi diperlukan sebelum kita mengambil tindakan. Prinsip-prinsip ini penting untuk memimpin ahli-ahlinya ke arah matlamat koperasi yang betul. Walaupun ia mungkin berbeza sedikit di antara negara-negara lain, pegangan utamanya tetap sama. Demokrasi merupakan asas kepada koperasi. Dalam koperasi, setiap ahli mempunyai satu undi dan hak menyuara yang sama. Setiap ahli diberikan peluang untuk berfikir, mengambil keputusan, berjalan dan belajar daripada kesalahannya. Koperasi bermaksud kerjasama. Setiap ahli harus bergiat dalam aktiviti koperasi dan penyertaan aktif ahli-ahli akan menentukan sifat-sifat koperasi. Akses keuntungan akan dipakai untuk menyediakan perkhidmatan tambahan untuk faedah ahli, penambahan modal atau mengikut pulangan atas langganan. Prinsip pulangan modal koperasi agak berbeza dengan bahagian swasta. Sekiranya ahli ingin menarik balik modal, dia akan dapat balik modal asal yang dia melabur sahaja, walaupun nilai tanah atau bangunan sudah meningkat. Ungku berharap hadirin-hadirin akan meluangkan sedikit masa untuk memikir tentang prinsip-prinsip koperasi yang telah dibincang. Beliau juga berharap ada koperasi yang akan memulakan koperasi dalam bidang perumahan demi kebahagiaan ahli-ahli dalam masa akan datang.
Keywords
Prinsip koperasi, Pengurusan kewangan, Angkasa
Divisions
ungku
Event Title
Era Baru Koperasi
Event Type
other_restricted