Document Type
Article
Publication Date
2-14-1975
Abstract
Semua gerakan biasanya bercita-cita memperkembangkan gerakannya supaya ia mendapat sokongan rakyat seluas mungkin. Semasa zaman penjajahan, gerakan koperasi telah dihadkan perkembangannya, sama ada dari segi keahlian atau aktiviti-aktiviti. Tiada gabungan atau penyelarasan wujud di antara koperasi-koperasi. Selepas kemerdekaan, beberapa koperasi besar telah ditubuhkan bagi menyatukan dan menyelaraskan koperasi-koperasi di dalam negara ini. Perkembangan koperasi boleh dikaji melalui penubuhan koperasi di merata-rata tempat atau konsep dan kefahaman mengenai koperasi. Penubuhan koperasi besar adalah penting untuk persaingan perdagangan dan perusahaan dalam ekonomi. Koperasi sekolah merupakan satu contoh yang baik untuk bersaing dengan pihak swasta dan pada masa yang sama, memupuk kefahaman konsep koperasi di sekolah-sekolah. Selain penubuhan koperasi-koperasi, pendidikan juga merupakan satu aspek yang penting mendidik bakal pemimpin. Contohnya, penerbitan Pelancar telah memainkan peranan penting untuk memperkembangkan pengaruh koperasi. Kesimpulannya, koperasi merupakan satu alat penting untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru dan selari dengan cita-cita Rukun negara.
Keywords
Penubuhan koperasi, ANGKASA, Dasar Ekonomi Baru, Pengurusan kewangan
Divisions
ungku
Publication Title
Pelancar