Document Type
Article
Publication Date
12-18-1974
Abstract
Cita-cita Manifesto Koperasi ANGKASA untuk kerjasama dengan kerajaan untuk pembangunan ekonomi negara dan penyusunan semula masyrakat dibincang dengan teliti dalam rencana ini. Terdapat dua langkah dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu pembasmian kemiskinan tanpa kaum dan penyusunan semula masyarakat. Koperasi berusaha mencapai keseimbangan dalam ekonomi supaya satu kaum atau golongan tidak menguasai satu kegiatan ekonomi. Rancangan-rancangan pembanguan desa harus dipergiatkan agar masyarakt desa dapat memperolehi ilmu dan keupayaan untuk mengambil bahagian penuh dalam semua jurusan ekonomi. Akan tetapi, mungkin disebabkan tiada penegasan watak pada masa perancangan, Koperasi tidak diberi tugas-tugas tertentu dalam Rancangan Malaysia Kedua. Prof. Ungku berharap bahawa gerakan koperasi akan diberi tugas tertentu dalam sektor ekonomi dalam masa akan datang.
Keywords
Manifesto Koperasi, ANGKASA, Dasar Ekonomi Baru, Pengurusan kewangan, Pembangunan ekonomi negara, Penyusunan semula masyarakat
Divisions
ungku
Publication Title
Pelancar