Document Type

Other (Restricted)

Publication Date

10-10-1973

Abstract

Ungku merasa amat bersyukur dan bangga dapat menerbitkan siri penerjemahan karya-karya klasik yang diakui di bidang sastera seluruh dunia. Ungku juga merakamkan setinggi-tingginya perhargaan kepada Allah Yarham Trisno Sumardjo, seorang pujangga Indonesia yang telah menerjemahkan beberapa karya drama Shakespeare. Untuk meningkatkan minat pembaca dan pelakon tempatan, beberapa perkataan atau ayat oleh Trisno diubah supaya maksud Shakespeare dapat difahamkan dengan lebih jelas dalam Bahasa Malaysia. Selain daripada Trisno, Ungku juga merakamkan penghargaan kepada yang lain yang telah berusaha untuk menerbitkan karya-karya ini. Penerbitan Hamlet dan siri drama Shakespeare yang lain secara langsung dan tidak langsung memberi sumbangan kepada kebudayaan nasional negara. Karya-karya kebudayaan bahasa lain boleh dikaji dan dijadikan model untuk pelajaran asasi negara kita. Akhir sekali, Ungku berharap penerjemahan Hamlet ini akan digunakan di sekolah-sekolah, university-universiti atau untuk pentas-pentas drama dalam masa akan datang.

Keywords

Penerjemahan karya Shakespeare, Drama Hamlet

Divisions

ungku

Publisher

Nil

Share

COinS