Document Type
Article (Restricted)
Publication Date
8-1-1970
Abstract
Beribu-ribu siswazah-siswazah akan menjejak kaki ke dalam bidang ekonomi tiap-tiap tahun. Universiti selaku tali perhubungan hendaklah sentiasa memerhatikan perkembangan di masyarakat supaya dapat mencerminkan dan memaparkan perkembangan terbaru dalam akademik. Dengan pemerhatian perkembangan yang pesat, universiti akan melahirkan siswazah yang berupaya bersaing dalam masyarakat selepas pengijazahan. Ungku mengingatkan para siswazah yang bakal memasuki bidang pekerjaan bahawa keadaan masyarakat masa kini agak berbeza daripada keadaan beberapa tahun dahulu. Para siswazah kini dicabar oleh masalah 3P, perpaduan, pembahagian dan pembangunan. Ini merupakan jenerasi siswazah yang pertama yang mengalami peristiwa Mei 13, 1969. Ungku harap peristiwa ini akan mengingati para siswazah tentang kepentingan perpaduan dan sedar akan masalah kemiskinan kawasan kampong. Pembahagian harta atau pendapatan yang tidak setara akan membawa kesan yang serius kepada ekonomi negara. Para siswazah diharap menggunakan kepakaran mereka dalam perkembangan ekonomi negara. Selain itu, Ungku berharap para siswazah akan sentiasa mengambil tahu perkembangan universiti. Sokongan para siswazah sama ada dari segi fizikal atau sokongan kewangan adalah dialu-alukan. Universiti Malaya pula akan menubuhkan Biro Siswazah untuk mengemas kini perkembangan terbaru supaya tali perhubungan antara universiti dan siswazah tidak akan terputus. Dan akhir sekali, Ungku mengucapkan tahniah kepada para siswazah dan semoga berjaya dalam masa akan datang.
Keywords
Perhubungan universiti dan masyarakat, Cabaran, Pembahagian pendapatan
Divisions
ungku
Publication Title
Majallah Bulanan Bahasa Kebangsaan Polis Di-raja Malaysia