Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Academy of Islamic Studies

Department

Department of Islamic History, Civilization and Education

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Azhar bin Jaafar @ Ramli, Parti Islam Se-Malaysia (PAS); Suatu Kajian Tentang Sejarah Perkembangannya Di Jerantut, Pahang Darul Makmu r, cuba membincangkan tentang Sejarah dan Perkembangan PAS, bermula di peringkat pusat, negeri dan seterusnya di daerah kelahiran penulis iaitu Jerantut, Pahang Darul Makmur. Kajian dimulai dengan penyelidikan tentang latar belakang sejarah perkembangan PAS di peringkat pusat. Bermula dari HAMIM sehingga membentuk sebuah badan agama di dalam UMNO, PAS telah d itubuhkan dengan resminya di Tanah Melayu pada tahun 1955 untuk menghadapi piil hanraya umum negara yang perat ma pada tahun tersebut. Melihat kepada perkembangannya di peringkat pusat, pengaruh PAS akhirnya menular ke peringkat negeri. PAS di peringkat negeri Pahang telah ditubuhkan dengan resm i nya di Kampung Kerdau, Temerloh pada tahun yang sama bagi tujuan menghadapi pilihanraya 1955. Dari perkembangan yang menggalakkan di peringkat negeri, pengaruh PAS akhirnya berkembang berkembang pula ke peringkat daerah. Penulis merasakan bahawa daerah Jerantut merupakan lokaliti yang sesuai bagi dijadikan objek kajian. Bermula dari sebuah kampung kecil yang dinamakan Tebing Tinggi, berkedudukan terpencil di tebing Sungai Pahang, PAS Jerantut telah mula dibentuk. Beberapa tokoh tempatan seperti Husin PAS, Haji Main, Tok Empat Wahab dan beberapa yang lain membentuk kumpulan kecil PAS yang akhirnya telah dirasmikan pembukaannya pada tahun 1958. Dari sinilah PAS Jerantut mula berkembang sehingga belum pernah ada calon PAS yang kalah di dalam pilihanraya dengan hilang wang pertaruhan. Dalam perkembangannya, belum pernah ada calon PAS Jerantut yang memperolehi kemenangan di dalam pilihanraya sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN, sehinggalah pada Pilihanraya Umum ke Sepuluh tahun 1999, rekod tersebut telah dipecahkan oleh Abdul Malik bin Yusef yang menang di DUN Tahan. Kemenangan ini sudah tentu memperlihatkan bahawa PAS sudah mulai mengembangkan sayapnya bukan sahaja di peringkat pusat atau negeri malah juga di peringkat daerah/kawasan. Aktiviti-aktivitinya seperti usrah, ceramah umum dan ceramah mingguan sudah mulai mendapat tempat di hati masyarakat. Namun demikian, PAS Jerantut juga tidak lepas dari menghadapi beberapa masalah dan tekanan terutamanaya dari pihak parti lawan. Menyadari hal tersebut, berpandukan pengalaman lalu, PAS Jerantut telah menyusun beberapa strategi bagi menghadapi pihak lawan di dalam pilihanraya yang akan datang.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS