Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Academy of Islamic Studies

Department

Department of Usuluddin and Da'wah

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Usaha untuk menyebarluaskan ajaran Islam, begitu pula untuk merialisasikan ajarannya kepada umat manusia adalah merupakan usaha dakwah. yang dalam keadaan bagaimanapun dan dimanapun harus dilaksanakan oleh umat Islam. Sebagai agama dakwah, Islam tidak cukup hanya dengan kelengkapan konsep sahaja, melainkan perlu adanya suatu usaha yang sungguh-sungguh untuk menyebarkan dan menyuburkannya. Dakwah dapat diertikan sebagai sesuatu kegiatan ajakan, baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan terencana dalam usaha mempengaruhi orang lain, supaya timbul dalam dirinya suatu pengertian, kesedaran dan sikap penghayatan terhadap ajaran Islam, sebagai mesej yang disampaikan kepadanya tanpa ada unsur paksaan. Dengan demikian, dakwah Islam pada hakikatnya adalah merupakan suatu kegiatan yang dilakukan secara sedar, yang bertujuan mengajak orang lain untuk membuat yang baik dan melarang daripada membuat yong munkar sesuai dengan ajaran lslam sekaligus merupakan suatu kewajipan bagi umat Islam. Tujuan dakwah Islam adalah wujudnya kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat yang diredai Allah. Untuk mencapai tujuan dakwah lersebul, bukanlah suatu pekerjaan yang mudah, tetapi memerlukan- usaha yang serius serta sangat bergantung kepada materi dakwah, pendakwah (da'i), . sasaran dakwah, metod dakwah, logistik dakwah dan media dakwah. Usaha dakwah Islam, terutama dimasa hadapan akan semakin sukar dan mencabar. Hal ini disebabkan kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh dakwah Islam dari masa ke semasa semakin berkembang dan kompleks. Menyedari pentingnya dakwah sebagai usaha untuk membimbing umat manusia ke arah tercapainya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, maka di Riau, ketika ini terdapat beberapa tempat kegiatan dakwah yang diselenggarakan oleh para pendakwah. Kegiatan dakwah ini dilaksanakan dengan mengambil tempat di pelbagai masjid. surau, pejabat pemerintah dan swasta, lapangan terbuka atau di rumahrumah penduduk. Satu hal yang menarik tentang dakwah Islam di Riau, iaitu dakwah Islam yang ditujukan kepada masyarakat pedalaman, yang penduduknya masih mempertahankan cara hidup asli dan belum banyak di pengaruhi oleh kehidupan moden. Penduduk ini oleh pemerintah tempatan disebut dengan masyarakat terasing suku Talang Mamak. Masyarakat terasing suku Talang Mamak ini, kerana kawasan pemukimannya yang jauh dan tersisih, mengalami hubungan komunikasi dan transport yang sangat terhad dengan masyarakat lain, begitu juga layanan dari pemeri ntah tempatan. Sehingga mengakibatkan mereka menjadi terbelakang dalam segala aspek kehidupan, baik dibidang ideologi, politik, ekonomi, sosial budaya, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, termasuk di dalamnya kehldupan beragama. Dengan demikian, masyarakat terasing suku Talang Mamak ini tergolong ke dalam kelompok masyarakat yang masih terikat dengan kebudayaan tradisi, dimana mereka mempunyai sikap hidup yang bersifat statik dan terbelakang, rendah tahap perkembangannya, terhad hubungan komunikasi dan transport dengan masyarakat luar serta belum terdapat pembahagian kerja diantara mereka secara jelas. Dakwah Islam pada masyarakat terasing suku Talang Mamak ini telah wujud sejak lama, yang dilakukan dleh para pendakwah, baik yang datang berdakwah atas kemahuan sendiri mahupun kerana dikirim oleh institusi dakwah Islam tertentu. Jabatan Agama Provinsi Riau, dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah pula memberikan sokongan yang cukup besar, iaitu dengan mengirimkan para pendakwah muda yang berkemampuan ke kawasan-kawasan pemukiman masyarakat terasing suku Talang Mamak untuk menyampaikan dakwah Islam. Walaupun dakwah Islam sudah sampai kepada masyarakat terasing suku Talang Mamak ini, akan tetapi kenyataannya pada ketika ini masih banyak diantara mereka yang mengamalkan faham animisme dan dinamisme. Sedangkan bagi yang sudah memeluk agama Islam, mereka belum melaksanakan ajaran Islam secara sungguh-sungguh, bahkan ada diantara mereka yang sudah berpindah kepada agama lain.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS