Date of Award
9-30-2020
Thesis Type
Masters
Document Type
Dissertation
Divisions
Faculty of Education
Department
Department of Educational Psychology and Counselling
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme Orang Asli merangkumi proses pengajaran, pembelajaran dan mengajar kreativiti yang mengintergrasi kebitaraaan masyarakat Orang Asli. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk aplikasi model pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli untuk peningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah. Model ini menterjemahkan bagaimana pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli untuk peningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, penyampaian kurikulum dan kandungan pengajaran bagi guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah Orang Asli. Metodologi kajian menggunakan pendekatan temubual dan Interpretive Structural Modeling (ISM), yang melibatkan pandangan 12 orang pakar pelbagai bidang berkaitan pendidikan kanak-kanak orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi model pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli dengan memetakan hubungan sebelas elemen: Berkongsi cerita; Hubungan dengan alam; Kinestetik; Simbol dan imej; Holistik; Belajar melalui bermain; Bertema; Koperatif: Imaginatif; Berpusatkan pelajar dan Teknologi (ICT) yang berpandukan intelektualisme masyarakat Orang Asli iaitu alat muzik, kraftangan, peralatan seharian, perubatan herba, cerita rakyat dan lagu sewang. Model ini memberi implikasi terhadap corak penyampaian kurikulum dan kandungan pengajaran dalam konteks masyarakat Orang Asli bagi meningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah Orang Asli.
Additional Information
Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
Recommended Citation
Harun, Noor Hanim, "Aplikasi model pedagogi kreativiti berasaskan intelektualisme masyarakat Orang Asli untuk peningkatan kecerdasan kanak-kanak prasekolah" (2020). Student Works (2020-2029). 479.
https://knova.um.edu.my/student_works_2020s/479
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Early Childhood Education Commons, Educational Methods Commons, Educational Psychology Commons, Special Education and Teaching Commons
Initial
maa