Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Arts and Social Sciences

Department

Department of Media and Communication Studies

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Penerbitan dokumentari televisyen di negara kita seclang berkembang dengan pesat terutama kerana adanya permintaan daripada stesen-stesen tv tempatan yang disyaratkan supaya menyiarkan hasil-hasil penerbitan syarikat produksi tempatan. Kajian ini bertujuan untuk mernahami proses pengeluaran sesuatu rancangan televisyen yang berbentuk dokumentari. Kajian ini berfokus pada siri Salam Nusantara iaitu rancangan berbentuk dokumentari yang meninjau mengenai perkembangan masyarakat Islam di negara-negara Asia Tenggara. Kaedah kajian ini adalah melalui kaedah penyertaan, temubual dan analisa kandungan. Penyertaan penyelidik sebagai krew penggambaran memantapkan lagi penyelidikan mengenai penerbitan dokumentari televisyen Salam Nusantara. Kajian ini menwnpukan kepada amalan penerbitan Salam N usantara di dalam pengurusan clan perhubungan, editorial, produksi clan pos produksi serta pemasaran. Hasil kajian ini mendapati kejayaan amalan penerbitan banyak bergantung kepada kerja berpasukan yang diamalkan oleh syarikat Anugerah Media Network Sdn. Bhd. Proses penerbitan dokumentari Salam Nusantara bermula daripada kerja-kerja penyelidikan bagi menyediakan kertas proposal, mendapatkan kelulusan, membina jalan cerita, melakukan penggambaran di lokasi, proses pos produksi di studio clan pemasaran susulan selepas siaran di TV I. Kesimpulannya kajian ini membuktikan pengurusan penerbitan yang bailc membolehkan syarikat Anugerah Media Network Sdn. Bhd. terus diberi kepercayaan oleh RTM untuk menerbitkan siri dokumentari Salam Nusantara dengan mengadakan penggambaran di negara Kemboja, Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Myanmar.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS