Date of Award

1-1-2001

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Languages and Linguistics

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengenal pasti punca kelemahan yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi di kalangan pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA). lni adalah penting bagi melihat keberkesanan penggunaan bahasa Arab dalam penulisan dan pertuturan seharian untuk mencapai tahap kefahaman yang tepat lagi mantap. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab mengikut topik-topik tertentu. Bab pertama penulis membincangkan tentang latar belakang kajian, bidang kajian, objektif kajian, rasional kajian, metodologi kaj ian, latar belakang sejarah Ma'ahad Muhammadi semenjak d itubuhkan h i ngga sekarang. Dalam bab kedua, penulis cuba meninjau tentang pengertian dan asal-usul bahasa, leksikon kata, ciri-ciri kata, kata kerja dan pembahagian serta ciri-ciri kata ke rja. Tidak ketinggalan juga penulis menyentuh tentang partikel, tanda-tanda, jenis-jenis dan pembahagiannya. Dalam bab ketiga penulis menyentuh mengenai objek dalam struktur bahasa Arab, definisi, bentuk-bentuk objek, jenis objek, ciri bilangan objek, hubungan dan kedudukan objek dalam pola ayat serta kedudukan fleksi objek. Bab keempat analisis penggunaan objek dalam ayat di kalangan pelajar dan penilaian data. Kemudian penulis mengemukakan contoh-contoh kesilapan penggunaan objek dalam ayat. Bab lima pula, penulis membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan kesilapan frasa objek dalam penulisan. Akhir sekali penulis membuat rumusan dan mengemukakan cadangan yang d ifikirkan sesuai bagi para pelajar dan guru bahasa.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS