Date of Award

11-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Dissertation

Divisions

Faculty Economic and Administration formally known as Faculty of Business and Economic

Institution

Universiti Malaya

Abstract

ABSTRAK Migrasi daJaman memainkan peranan penting dalarn proses pembangunan ekonomi, pertumbuhan perbandaran dan perkembangan industrialisasi negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan sosio-ekonomi migrasi keluar desa ke atas komuniti pertanian. yang mengalami pengurangan penduduk. Data yang digunakan dalam kajian ini berasaskan survei isi rumah yang dijalankan di Kerian, Hilir Perak, Sabak Bemam dan Rembau. Keputusan Regresi Logit Multinomial menunjukkan rnigrasi keluar desa memberikan kesan positif ke atas taraf hidup isi rumah melalui wang kiriman yang dihantar oleh migran. Dalam konteks kajian ini, lawatan oleh migran bukan merupakan cara yang efektif dalarn mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana hanya 46.2% daripada tanggapan ketua isi rumah dapat diramal dengan tepat oleh model Regresi Legit Multinomial. Masalah kekurangan buruh ekoran daripada migrasi keluar desa merupakan punca utama yang telah menyebabkan kemerosotan dalam output dan produktiviti pertanian terutamanya di sektor getah dan kelapa. Analisis Regresi Lo git Multinomial me · 1unjukk.an kekurangan penglibatan golongan muda dalam aktiviti kampung mendorong ketua isi rumah bertanggapan bahawa migrasi kelμar desa memberi kesan negatif ke atas pembangunan komunitL Migrasi keluar desa bukan sahaja menyebabkan perubahan dalam struktur hidup sesebuah isi rumah malah ia juga mempengaruhi corak penggunaan tanah dan buruh asing di sektor pertanian. Masalah tanah terbiar sccara relatifnya adalah lebih serius di Rembau dengan sektor utama getah sementara hanya 3 8% daripada ketua isi rumah melaporkan buruh asing wujud di kawasan tinggal mereka. Oleh kerana migrasi keluar desa sering dikaitkan dengan kemunduran sektor pertanian, usaha kerajaan dalam membangunkan luar bandar harus dipercepatkan supaya jurang perbezaan perturnbuhan ekonomi dan pembangunan sosial di antara kawasan luar bandar dan bandar dapat dikurangkan selaras dengan objektif penyusunan semula masyarakat.

Comments

Dissertation (M.A.) – Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2000.

Additional Information

maa

Share

COinS