Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Computer Science & Information Technology
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Sejak American Association for the Advancement of Science mcnerbitkan The Online Journal Current Clinical Trial pada 1992, muncul pada hari ini ribuan e-jurnal di Internet dalam pelbagai bidang dan bahasa dan dari pelbagai negara di segenap penjuru dunia. Internet menyediakan medium baru kepada para sarjana dalam semua bidang untuk melapor penemuan terbaru mereka secara pantas, mudah, murah dan tersebar luas. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan terkini e-jurnal di negara ini. Kajian ini penting bagi mengetahui status penerbitan e-jurnal ilmiah di ncgara ini serta penerimaan sarjana kita terhadapnya. Persoalan yang ingin dijawab adalah: Apakah judul-judul jurnal Malaysia yang sedang beredar di Internet sekarang? Dalam bidang apa? Berapa jumlahnya? Apakah projek bcrkaitan e-jurnal yang sedang diusahakan di Malaysia sckarang? lnstitusi mana yang melaksanakan projek itu? Berapa jumlah kewangan yang tcrlibat? Apakah sikap ahli akademik dalam menghadapi c-jurnal? Scjumlah IS I ahli akadcmik di IPTA dan IPTS yang merentas hampir semua bidang sains sosial dan kemanusiaan serta bidang sains. teknologi dan perubatan telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Soal selidik dikemukakan kcpada responden melalui e-mail. Hasil kajian ini mengenal pasti enam judul e-jumal ilmiah di negara ini diusahakan oleh universiti, agensi awam dan swasta. Kajian ini juga mengesahkan ahli akademik negara ini menerima dengan baik e-jurnal kerana sifatnya yang mudah, murah, pantas, tersebar luas dan menjadi medium baru bagi komunikasi ilmiah. Hasil kajian ini membawa implikasi bahawa terdapat masa depan yang baik bagi pertumbuhan e-jurnal di negara ini. Ahli akademik mula bersedia menerima e-jurnal sebagai medium baru dalam komunikasi ilmiah.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2000.
Recommended Citation
Hashim, Roosfa, "E-jurnal ilmiah di Malaysia : status dan sikap ahli akademik" (2000). Student Works (2000-2009). 289.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/289
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Computer Sciences Commons, Scholarly Communication Commons, Scholarly Publishing Commons
Initial
snms