Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Arts and Social Sciences
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Desertasi ini menilai pemikiran dan pendekatan yang telah dicetuskan oleh Imam Hasan Al-Banna dalam usaha pembinaan peradaban ummah. Kajian ini difokuskan kepada tiga aspek utama. Pertama, pemikiran dan idea-idea yang dikemukakan oleh Imam Hasan AI-Banna dalam usaha pembinaan peradaban ummah. Kedua, menjelaskan pendekatan pendekatan yang digunakan oleh Imam Hasan Al-Banna dalam usaha merealisasikan idea-idea dan pemikiran beliau. Ketiga, melihat sejauh mana reaksi dari pelbagai pihak sama ada mereka yang menyokong mahupun yang menentang idea-idea dan pemikiran dan juga pendekatan-pendekatan yang diutarakan oleh Imam Hasan Al-Banna. Imam Hasan Al-Banna dipilih sebagai subjek kajian kerana beliau mempunyai agenda tersendiri dan bersedia untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dalam usaha wituk mencapai visinya bahawa Islam itu merangkumi negara clan tanah air, kerajaan dan rakyat, akhlak dan kekuatan (kuasa), ataupun timbangrasa dan keadilan, dan juga 'thaqafah' (intelektual), undang-undang, ilmu pengetahuan, perundangan, dan juga material (kebendaan), harta, usaha clan kekayaan, jihad (perjuangan), dakwah, ketenteraan, fitrah, aqidah yang betul dan ibadat yang sempuma. Kajian dibuat berdasarkan kaedah penyelidikan data-data dan bahan-bahan yang berkaitan perjuangan Imam Hasan Al-Banna daripada sumber-sumber yang sedia ada di perpustakaan-perpustakaan. Hasilnya didapati pemikiran dan pendekatan yang dikemukakan oleh Imam Hasan Al-Banna adalah menjurus kepada penghayatan Islam yang sebenar sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah clan sebagaimana yang diperjuangkan oleh reformis-reformis terdahulu seperti Al-Afghani, Al-Sanusi 'Abduh dan lain-lain. Pemikiran dan pendekatan Imam Al-Banna ini walau bagaimanapun telah bertembung dengan aliran pemikiran sekular yang mencetuskan pertentangan yang cukup hebat. Apa yang nyata, pertembungan ini adalah bertitik tolak daripada scjauh mana keyakinan seseorang itu terhadap ajaran Islam. adakah ia sekadar agama yang bersifat ritual sematamata walaupun ianya bersifat menyeluruh dan komprehensif. Kefahaman Islam yang menyeluruh sebagaimana yang diperjuangkan oleh Imam Hasan Al-Banna, adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikaji dan dipersembahkan kepada masyarakat hari ini yang hanyut dengan arus pemikiran sekular, sebagaimana yang dihadapi oleh masyarakat semasa hayatnya di permulaan abad ke--20.
Additional Information
Dissertation (M.A) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2000.
Recommended Citation
Ab Ghani, Abu Sufian, "Pembinaan peradaban ummah : pemikiran dan pendekatan Hasan al-Banna" (2000). Student Works (2000-2009). 25.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/25
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Near and Middle Eastern Studies Commons, Political Theory Commons, Sociology of Religion Commons
Initial
snms