Date of Award

1-1-2000

Thesis Type

Masters

Document Type

Thesis

Divisions

Faculty of Business and Economics

Department

-

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Konsep dan sistem ini telah diperkenalkan kepada Perkhidmatan Awam Malaysia pada pertengahan tahun 1992. Maka, kini sudah hampir lapan tahun ianya diperkenalkan kepada sektor awam. Kajian ini telah menumpukan kepada elemen Sokongan Pengurusan Atasan iaitu salah satu elemen yang terkandung di dalam TQM. Kajian ini telah dijalankan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat tahap Sokongan Pengurusan Atasan dalam amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Oleh itu, kajian ini memberi fokus terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam Sokongan Pengurusan Atasan itu sendiri berdasarkan kepada hasil rumusan kajian PKPA (1992), Louer (1993), Brown (1994), Mann (1995) dan Bemowski (1996). Elemen-elemen tersebut adalah mengwujud dan membangunkan dasar dan struktur pengurusan kualiti, perancangan dan penyediaan latihan dan pendidikan, gaya pengurusan bersama, pengurusan proses perubahan dan penganjuran program kualiti.

Initial

snms

Additional Information

Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2001.

Share

COinS