Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tclah mengistiharkan bahawa abad 1990an sebagai "International Decade for National Disaster Reduction" atau "Abad Mengurangkan Bencana Alam Antarabangsa". Dengan pengistiharan tersebut mengakibatkan kebanyakan dari negara-negara di dunia telah mengarnbil langkah-langkah tersendiri untuk mengurangkan berlakunya bencana alam di negara mereka.. Media massa , memperlihatkan akan kecurigaan orang ramai keatas bertambahnya kejadian-kejadian bencana pada masa kini. Mereka memandang berat dan menyeru agar pihak bertanggungjawab mengambil langkahlangkah tertentu supaya dapat memastikan agar kententeraman awam, keselamatan nyawa dan harta benda mereka terjamin dan selamat dari malapataka, kecemasan dan bencana alam. Lapuran Bencana Dunia 1999 pula menunjukkan bahawa bencana alam kian meningkat setiap tahun. Perangkaan yang diberikan membuktikan kenyataan tersebut. Begitu juga, keadaan bencana yang berlaku dirantau Asia amnya dan Malaysia khasnya. Melalui perangkaan kejadian bencana yang melanda negara Malaysia, secara purata dari tahun 1988 hingga 1997 telah mengorbankan seramai 78 orang terbunuh dan melibatkan mangsa seramai 8,845 orang. Kejadian-kejadian bencana yang berlaku sememangnya sukar untuk diramal atau dijangkakan, walau bagaimanapun, usaha-usaha dan langkah-langkah tertentu dan berterusan seharusnya diambil supaya kejadian bencana dapat dikurangkan atau mengurangkan kesan-kesan buruk akibat bcncana kepada masyarakat khasnya dan kepada negara amnya. Satu daripada langkah yang wajar diambil ialah dengan menjalankan kajiankajian berkenaan dengan bcncana alam, kerana melalui usaha ini langkah dan kaedah-kaedah tertentu dalam pengurusan bencana akan ditemui. Hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap pengurusan bencana di negara ini, memberikan beberapa penemuan dan maklumbalas yang perlu diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab, antaranya ialah perlunya latihan dan eksesais (drill) dalam pengurusan bcncana dijalankan secara berterusan untuk membentuk dan melahirkan anggota penyelamat yang cekap dalam menjalankan tugas menyelamat. Penemuan juga menunjukkan bahawa data dan maklumat yang ada di Jabatan/Unit tidak lengkap dan tidak dikemaskinikan. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan adanya data yang lengkap dan kemaskini membolehkan pengurusan bencana dapat dijalanka.n dengan cepat, teratur dan bersistematik. lni kerana bencana akan berlaku pada bila-bila masa dengan tanpa diduga. Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan bahawa matlamat kajian adalah tercapai. Namun demikian, melalui kajian pengkaji yang telah menjalankan penye lidikan, pembacaan, temubual, penclitian maklumbalas daripada soalselidik, pengkaji juga cuba memberikan beberapa cadangan yang dianggap sesuai supaya dapat memberi faedah kepada pihak pengurusan yang bertanggung jawab. Antara cadangan yang diberikan ialah mengujudkan satu manual pengurusan bencana semasa kecemasan atau bencana, ini bertujuan untuk memberi penekanan akan kepentingan keselamatan dan pendedahan asas kepada masyarakat. Selain daripada itu dicadangkan juga supaya diujudkan kerjasama dengan agensi-agensi bukan kerajaan dalam membentuk sifat tanggung jawab bersama kerajaan dalam mengahadapi kecemasan atau ancaman bencana. Lain-lain cadangan juga dikemukakan seperti memberi pendidikan dan kesedaran keburukan dan kesan akibat bencana, memberi latihan dalam persiapsediaa:n sebelum bencana, di samping mendapatkan nasihat pakar dalam pengurusan bencana dan sebagainya. Adalah dipercayai dengan usaha-usaha ini, matlamat untuk menjadikan negara dalam mengurangkan bencana seperti yang di sarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan tercapai.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2001.
Recommended Citation
Mustaffa, Md. Yassin, "Pengurusan bantuan bencana negara : satu kajian kes ke atas Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri" (2000). Student Works (2000-2009). 222.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/222
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Initial
snms