Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Reformasi pentadbiran: persepsi, pelaksanaan kerja dan prestasi di Jabatan lmigresen Malaysia Negeri Selangor adalah satu kajian yang dibuat untuk menilai sejauhmana kesan refonnasi pentadbiran ke atas kakitangan awam. Penyelidikan dibuat untuk mengetahui persepsi kakitangan terhadap reformasi pentadbiran yang telah dijalankan, kesan ke atas pelaksanaan kerja dan kesan refonnasi tersebut ke atas prestasi kakitangan awam khasnya di Jabatan lmigresen Malaysia cawangan Shah Alam, Lapangan Terbang Subang dan Kajang. Penyelidikan ini mengambilkira kesan pembaharuan sejak 1980 hingga kini. Kajian berkisar tentang pembaharuan sistem dan prosedur, unsur etika dan nilai•nilai mumi serta pengurusan sistem yang beroperasi kini. Unsur-unsur sampingan seperti motivasi. budaya kerja, produktiviti, kualiti, peranan pengurusan atasan. ledakan teknologi dan globalisasi serta persekitaran semasa adalah aotara isu yang perlu digarap sama untuk mengukuhkan perbincangan tentang reformasi pentadbiran ini. Refonnasi pentadbiran amat penting selaras dengan perubahan peranan pentadbiran dan perkhidmatan awam dewasa ini. Namun begitu pembaharuan tersebut tidak perlu dibuat secara drastik tetapi dilakukan secara konsisten untuk menjamin keberkesanannya. Pembaharuan boleh dibuat secara incremenlal yang bersifat penambahbaikan dari dasar clan polisi yang telah dibuat untuk meningkatkan keefisyenan clan keefektifan perkhidmatan awam.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2000
Recommended Citation
Sulaiman, Noor Hasiah, "Reformasi pentadbiran : satu analisis persepsi, pelaksanaan kerja dan prestasi di Jabatan Imigresen Malaysia" (2000). Student Works (2000-2009). 146.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/146
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Organizational Behavior and Theory Commons, Organization Development Commons, Public Affairs, Public Policy and Public Administration Commons
Initial
snms