Date of Award
1-1-2000
Thesis Type
Masters
Document Type
Thesis
Divisions
Faculty of Business and Economics
Department
-
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Dasar Pembangunan Belia Negara dan Dasar Pertanian Negara adalah dua dasar kerajaam yang tiada saling kait mengait di antara belia dan pertanian. Dasar Pembangunan Belia Negara tidak mempunyai unsur tolakan tolakan generasi belia kepada aktiviti pertanian manakala Dasar Pertanian Negara tiada unsur menarik generasi belia luar bandar semakan rengang dengan aktiviti pertanian akibat faktor tarikan dari sektor-sektor ekonomi lain dan faktor tolakan dalam perkembangan generasi belia menyertai aktiviti pertanian oleh pihak berkuasa yang berkenaan juga semakin perlahan. Generasi belia mudah terpengaruh dengan perkembangan semasa yang lebih menonjol. Ini termasuklah perkembangan pesat sektor perkilangan berbanding sektor pertanian telah menyebabkan kecenderungan memilih kerjaya di kalangan generasi belia luar bandar turut berubah dari sektor pertanian kepada sektor perkilangan. Belia-belia luar bandar enggan berkecimpung dengan aktiviti pertanian kerana tidak mahu menempah nasib sepertimana yang dialami dalam keluarganya (bertani) sebelum ini. Dengan peredaran zaman, pelbagai aspek gaya hidup, keperluan dan keinginan generasi belia berubah dan berbeza sekali. Perubahan-perubahan ini telah mempengaruhi minat dan kecenderungan generasi belia menyertai pertanian. Lantaran itu, sektor pertanian terus menghadapi masalah kekurangan tenaga pekerja berikutan berkurangnya generasi belia masuk sebagai pelapis di sekotr pertanian luar bandar. Kepentingan sektor pertanian tidak boleh diperkecilkan walaupun sektor perkilangan dilihat sebagai pemangkin utama pembangunan ekonomi dan negara. Oleh yang demikian, sektor pertanian perlu dimajukan juga seiring dengan sektor perkilangan. Salah satu input penting dalam usaha membangunkan sektor pertanian ialah keperluan kepada kecukupan tenaga pekerja yang benar-benar mampu melakukan kerja-kerja di ladang atau kebun (belia) untuk menjamin ketinggian produktiviti sebagai aktiviti komersil. Prospek pembangunan diri belia bersama aktiviti pertanian pertanian komersil adalah peluang baru yang cerah dan terbuka luas kepada mereka yang mempunyai semangat, ketabahan, kerajinan dan keyakinan diri untuk berjaya. Kekurangan tenaga pekerja di sektor pertanian boleh menjejaskan pengeluaran sektor ini dan membawa kepada perubahan struktur aktiviti pertanian. Tindakan segera perlu diambil untuk menangani masalah kekurangan tenaga pekerja dan kesan negatif akibat daripadanya.
Additional Information
Dissertation (M.A) -- Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, 2000.
Recommended Citation
Ismail, Mohamad Ridzuan, "Belia dan pertanian : kajian kes di daerah Kerian Perak" (2000). Student Works (2000-2009). 120.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/120
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-No Derivative Works 4.0 International License.
Included in
Agricultural and Resource Economics Commons, Agricultural Economics Commons, Development Studies Commons
Initial
snms